Boris Johnson bakal letak jawatan hari ini

Iklan
BORIS JOHNSON. Foto: Bloomberg

LONDON - Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dijangka meletak jawatan pada Khamis selepas kehilangan sokongan Menteri Kabinet dan ahli Parlimen.

Jawatan pemimpin Konservatif akan dipertandingkan pada musim panas ini sebelum Perdana Menteri baharu dilantik menjelang persidangan parti itu pada Oktober.

Iklan
Iklan

Namun, sehingga persidangan itu, Johnson akan kekal sebagai Perdana Menteri.

"Boris Johnson akan meletakkan jawatan sebagai pemimpin Parti Konservatif hari ini," kata Editor Politik BBC Chris Mason di Twitter.

Iklan

Hari ini, Nadhim Zahawi lelaki yang dilantiknya sebagai Menteri Kewangan kurang daripada 48 jam sebelum itu secara terbuka menggesa Johnson untuk meletak jawatan.

Selain Nadhim, Menteri pendidikan, Michelle Donelan meletak jawatan dalam kerajaan hari ini kurang 48 jam selepas beliau dilantik.

Iklan

Donelan berkata, ia adalah satu-satunya cara untuk memaksa Johnson berhenti.

Johnson dilaporkan akan memberikan kenyataan peletakan jawatan beliau di luar 10 Downing Street dalam masa terdekat ini.

Beliau sebelum ini menegaskan akan melawan sebarang usaha untuk menjatuhkannya. - Agensi