1.1 juta lembu import tiba untuk disembelih di Arab Saudi

Iklan
Arab Saudi mengimport lembu dari luar negara untuk disembelih sempena sambutan Hari Raya Aidiladha. - Foto SPA

JEDDAH - Kira-kira 1.1 juta ekor lembu import telah tiba sejak bulan lalu di pelabuhan utama Arab Saudi, Jeddah untuk memenuhi keperluan haiwan korban pada musim haji, lapor media Arab Saudi.

Ia termasuk lebih daripada 500,000 ekor lembu dari Somalia dan 500,000 yang lain dari Sudan serta haiwan dari negara asing lain, lapor agensi berita Saudi Press Agency (SPA).

Iklan
Iklan

Doktor haiwan dari Kementerian Alam Sekitar, Air dan Pertanian Arab Saudi memeriksa haiwan tersebut untuk memastikan ia bebas daripada penyakit sebelum membersihkannya untuk disembelih.

Pihak berkuasa negara berkenaan menggunakan peraturan kesihatan yang ketat untuk haiwan yang akan dikorbankan sempena Hari Raya Aidiladha.

Iklan

Semasa hari raya itu, umat Islam yang berkemampuan akan menyembelih haiwan seperti biri-biri, kambing, unta dan lembu.

Ibadah korban haiwan berlaku sepanjang empat Hari Raya Aidiladha yang bermula pada 9 Julai ini. - Agensi

Iklan