Isu tukar tanah Mindef: Onn Hafiz beri keterangan kepada PAC
Iklan
Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memberi keterangan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen bagi Prosiding Tukaran Tanah Kementerian Pertahanan (Mindef) pada Isnin.
Pengerusi PAC, Wong Kah Woh dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, Onn Hafiz adalah saksi keempat prosiding itu berikutan pendedahan Jawatankuasa Siasatan, Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) kepada PAC, iaitu beliau mempunyai kaitan dalam projek pembinaan Kem Paloh di Kluang bermula 2016 dengan kaedah tukaran tanah.
Iklan
Iklan
"Dalam prosiding yang diadakan di Pejabat Daerah Kluang, Johor, Datuk Onn Hafiz hadir atas kapasiti sebagai bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Pertahanan dari 2013 hingga 2018, dan siasatan PAC adalah menjurus kepada peranan yang dimainkan beliau dalam cadangan pembinaan Kem Paloh, Kluang mulai tahun 2016,” menurut kenyataan itu.
Kah Woh memaklumkan Ketua Setiausaha Mindef, Datuk Seri Muez Abd Aziz dan Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Mindef, Datuk Dr Shahrazat Ahmad turut hadir memberikan keterangan di hadapan PAC dalam prosiding yang berlangsung selama dua jam, bermula pada jam 4 petang.
Iklan
Beliau berkata, saksi-saksi yang telah dipanggil jawatankuasa itu sebelum ini bagi isu berkenaan adalah Pengerusi JKSTUPKK Tan Sri Ambrin Buang pada 16 November 2020; Muez pada 30 November 2020 dan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada 1 Disember 2021.
Beliau berkata, jawatankuasa itu akan meneliti semua keterangan saksi dan seterusnya memuktamadkan laporan bagi prosiding berkenaan.
Projek tukaran tanah dan pembinaan baharu ini, yang bermula pada 2012 asalnya, melibatkan tukaran tanah kem asal iaitu Kem Kinrara, Selangor seluas 38.04 hektar, pembinaan fasiliti Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Sendayan, Negeri Sembilan dan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan.
Iklan
Namun pada 2016, cadangan pembinaan Kem Tentera Darat di Port Dickson, Negeri Sembilan telah ditukar menjadi cadangan pembinaan Kem Paloh, Kluang.
Kah Woh berkata sebelum prosiding bermula, PAC pada sebelah pagi melawat Kem Paloh seluas kira-kira 26.31 hektar bagi meninjau perkembangan pembinaan kem berkenaan yang dibangunkan bagi menempatkan Markas 33 Rejimen Artileri Diraja (33 RAD) dan 8 Skuadron Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>