Pas Selangor ambil iktibar perjuangan Mat Kilau
Iklan
SHAH ALAM - Pengalaman perit getir para pejuang dan pahlawan Melayu silam perlu dijadikan iktibar dalam mendepani cabaran semasa terutama demi penyatuan ummah.
Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, perjuangan pahlawan Mat Kilau seperti dalam filem 'Mat Kilau - Kebangkitan Pahlawan' menunjukkan asas kekuatan sesuatu bangsa terletak kepada keupayaan mereka bersatu dan berpegang teguh pada agama.