[VIDEO] Mesej tular culik, jual organ kanak-kanak palsu: PDRM
Iklan
KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan mesej tular berkaitan kegiatan menjual organ diambil daripada kanak-kanak yang diculik untuk dijual ke negara jiran.
Ketua Komunikasi Korporat PDRM Bukit Aman, Asisten Komisioner Skandaguru Anandan berkata, mesej itu mendakwa kononnya polis menemui enam kanak-kanak diculik di mana tiga daripada mangsa tidak berupaya bercakap kerana disuntik bahan kimia sebelum dihantar ke negara jiran terbabit.