Polis Marin gagalkan cubaan seludup keluar petrol
Iklan
SEMPORNA - Pasukan Polis Marin menggagalkan cubaan menyeludup keluar 600 liter petrol bernilai RM1,320 dalam operasi bersepadu di Pulau Kalapuan dekat sini, semalam.
Komander PPM Wilayah 4 Sabah, Asisten Komisioner Mohamad Pajeri Ali berkata berdasarkan maklumat Unit Risikan Marin (URM) pihaknya telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di pulau berkenaan dalam operasi yang turut disertai pegawai daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).