Lelaki mengaku tidak salah curi kabel TM

Iklan
Tertuduh (depan) dihadapkan ke Mahkamah Majistret Tampin pada Jumaat atas pertuduhan mencuri kabel milik Telekom Malaysia bulan lalu.

TAMPIN - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Tampin pada Jumaat atas pertuduhan mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) bulan lalu.

Tertuduh Nor Ezlan Minhat, 40, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Kartini Kasran.

Iklan
Iklan

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh didakwa telah mencuri kabel milik Telekom Malaysia pada 23 Jun lalu, jam lebih kurang 11 pagi di tepi jalan Solok Jelawai, Rembau.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen dan akta yang sama.

Iklan

Hukuman bagi seksyen berkenaan memperuntukkan penjara sehingga tujuh tahun atau dengan denda, atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan yang kedua atau yang kemudian boleh dihukum dengan pemenjaraan dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

Mahkamah kemudiannya memerintahkan tertuduh diberi jamin sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 Ogos ini untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen dan lantikan peguam.