[VIDEO] Kerja 4 hari seminggu: Penubuhan pasukan khas JPA wajar
Iklan
Penubuhan pasukan khas oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) wajar bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu. Gambar kecil: Muhammad Aiman
PETALING JAYA – Penubuhan pasukan khas oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) wajar bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (Sumber Manusia) Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Muhammad Aiman Arifin berkata, kajian di peringkat awal yang dijalankan oleh JPA ini akan membantu pelaksanaan dasar baharu ini.
Iklan
Iklan
Menurutnya, pasukan khas yang dibentuk ini bukan sahaja melibatkan pakar sumber manusia tetapi juga pakar dari industri sendiri.
"Pihak kerajaan, pakar sumber manusia dan industri harus berganding bahu memikirkan kaedah terbaik sebelum melaksanakan sesuatu dasar, ini termasuk keberkesanan dan produktiviti pekerja serta syarikat dalam pelaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.
Iklan
Mengulas lanjut kesesuaian pelaksanaan itu nanti, Muhammad Aiman berkata, dalam sektor pekerjaan di Malaysia terdapat pelbagai jenis industri.
"Sememangnya saya setuju pelaksanaan ini, tidak semua industri akan boleh ikut 100 peratus, ada yang tidak sesuai sebagai contoh sektor pembuatan, perkilangan serta mereka yang terlibat dengan pengeluaran barangan yang mempunyai sasaran setiap hari,” jelasnya.
Iklan
Tambahnya lagi, begitu juga dengan bidang lain yang memerlukan pekerja mematuhi dateline dan sebagainya itu juga masih berpihak kepada keputusan syarikat masing-masing sama ada mahu ikut ataupun tidak.
"Kita bercakap dalam soal industri yang besar, ia mempunyai pelbagai profesion contoh dalam bidang perbankan banyak alirannya bukan setakat akauntan, begitu juga dalam industri kreatif ada boleh bekerja dari rumah ada yang tidak mungkin kerana faktor keperluan peralatan di pejabat,” ujarnya.
BERITA SEMASA 1 JULAI 2022
Jabatan Perkhidmatan Awam perlu menubuhkan pasukan khas bagi mengkaji keberkesanan pelaksanaan waktu bekerja empat hari seminggu.
Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan (Sumber Manusia) Universiti Teknologi Mara, Dr Muhammad Aiman Arifin berkata, kajian di peringkat awal dijalankan JPA akan membantu pelaksanaan dasar baharu ini.
Baca artikel penuh di sini: https://bit.ly/3OWQ0Eq
Muzik: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>