YDP pertubuhan kebajikan, sekutu direman SPRM

Iklan
YDP sebuah pertubuhan kebajikan direman selama lima hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna jawatan untuk kepentingan diri.

KUALA TERENGGANU - Yang Dipertua (YDP) sebuah pertubuhan kebajikan di Terengganu direman lima hari bermula Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna jawatan untuk kepentingan diri pada 2018.

Suspek berusia 80-an bersama sekutunya yang berusia 50 tahun dibawa ke mahkamah pada Khamis bagi mendapatkan perintah reman di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Iklan
Iklan

Reman kedua-dua suspek dibenarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.

Seorang lelaki yang merupakan sekutu YDP sebuah pertubuhan kebajikan direman selama lima hari bermula Khamis.

Suspek yang merupakan YDP sebuah pertubuhan kebajikan disyaki telah menggunakan jawatannya dengan mengambil tindakan melantik sekutunya sebagai pengarah urusan sebuah syarikat usahasama (JV) di mana dia mempunyai kepentingan ke atas syarikat terbabit.

Iklan

Kedua-dua suspek ditahan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu pada Rabu.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Iklan