PNM, PBOBM tidak perlu dapat kebenaran pemunya hak cipta
Iklan
Perbadanan Harta Intelek Malaysia
KUALA LUMPUR - Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan Persatuan bagi Orang Buta Malaysia (PBOBM) diberi kuasa membuat, mengimport, mengeksport dan mengeluarkan apa-apa salinan format boleh akses daripada karya hak cipta tanpa perlu mendapat kebenaran daripada pemunya hak cipta.
Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dalam satu kenyataan pada Khamis memaklumkan, kebenaran yang berkuat kuasa hari ini itu bagi keperluan orang ketidakupayaan cetakan dan bukan berlandaskan keuntungan.
Iklan
Iklan
"Ia berikutan pindaan yang telah dikuatkuasakan, iaitu Seksyen 4,5,6 dan 10 Akta Hak Cipta (Pindaan) 2022 bagi peruntukan melibatkan triti Marrakesh,” menurut kenyataan itu.
PNM dan PBOBM adalah badan bertanggungjawab dalam menguruskan dan memberi perkhidmatan dalam menyediakan salinan format boleh akses kepada orang dengan ketidakupayaan cetakan.
Iklan
Dua organisasi itu juga diwartakan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna sebagai entiti yang diberi kuasa di bawah Perintah Hak Cipta (Entiti Yang Diberi Kuasa) 2022.
Menurut MyIPO, pindaan akta ini akan membolehkan PNM dan PBOBM memberi khidmat terbaik kepada orang dengan ketidakupayaan cetakan di negara ini dalam memperbanyakkan pengeluaran dan pengedaran salinan format boleh akses seperti karya braille, audio, percetakan besar, dan sebagainya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>