Pengecualian fi pembaharuan lesen pelancongan dilanjutkan

Iklan
Gambar hiasan. - Foto 123RF

SHAH ALAM - Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan serta pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula dari 30 Jun 2022 sehingga 31 Disember depan.

MOTAC dalam satu kenyataan berkata, inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada bantuan sokongan daripada kerajaan bagi membantu kelangsungan perniagaan, malah membantu syarikat untuk bangkit semula meneruskan perniagaan susulan penularan wabak Covid-19.

Iklan
Iklan

"Atas keprihatinan terhadap pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang masih lagi terkesan susulan pandemik Covid-19, MOTAC telah bersetuju untuk melanjutkan tempoh pelaksanaan pengecualian fi pembaharuan lesen dan lesen tambahan bagi pengusaha pelancongan dan pemandu pelancong yang memohon pembaharuan lesen bermula dari 30 Jun 2022 sehingga 31 Disember 2022.

"Inisiatif ini adalah sebahagian daripada bantuan sokongan daripada Kerajaan bagi membantu kelangsungan perniagaan dan membantu syarikat untuk bangkit semula meneruskan perniagaan susulan penularan wabak Covid-19,” menurut kenyataan itu pada Rabu.

Iklan

MOTAC merupakan agensi kerajaan yang menguatkuasakan Akta Industri Pelancongan 1992 [Akta 482] dan Peraturan-Peraturan.

Antara bidang kuasa MOTAC dalam menguatkuasakan Akta 482 ialah melesenkan Pengusaha-Pengusaha Pelancongan di bawah Seksyen 5 dan Pemandu Pelancong di bawah Seksyen 21.

Iklan

Sehubungan itu, dengan pelaksanaan pelanjutan inisiatif tersebut, MOTAC berharap pengusaha dan pemandu pelancong yang layak mengambil peluang untuk membuat permohonan pembaharuan lesen dalam tempoh yang ditetapkan mengikut tarikh tamat lesen masing-masing.

"Pengecualian fi pembaharuan lesen sehingga 31 Disember ini telah melibatkan 3,419 buah syarikat pengusaha pelancongan yang berjumlah RM5,676,700,” katanya.