'Warisan tiada prinsip'
Iklan
Mohd Yadzil
SHAH ALAM - Kenyataan Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal akan menyokong sesiapa sahaja yang menang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) membuktikan parti itu tidak mempunyai prinsip.
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub berkata, kenyataan tersebut juga menunjukkan Shafie dan Warisan sanggup 'menjual diri' kepada sesiapa sahaja yang berkuasa asalkan mereka diberi ruang memegang jawatan.
Iklan
Iklan
"Jika Shafie ada prinsip, sepatutnya prinsip itulah yang diperjuangkan tanpa mengira siapa yang menang.
Bukan melupakan prinsip hanya kerana mahu diterima oleh pemenang.
Iklan
"Kenyataan Shafie juga membuktikan dia sudah tahu Warisan tidak akan menang dengan signifikan dalam pilihan raya.
Maka Shafie tiada pilihan melainkan mengikut saja mana-mana parti lain yang boleh beri Warisan jawatan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Iklan
Pada Sabtu, Shafie dilaporkan berkata, sedia menjalin kerjasama dengan mana-mana gabungan politik yang memenangi PRU15 bagi memastikan kestabilan politik dan menjaga kepentingan rakyat.
Ahli Parlimen Semporna itu berkata, ia kerana pihak yang menang pada PRU15 merupakan parti pilihan rakyat, justeru Warisan menghormati keputusan tersebut dengan menjalin kerjasama menguntungkan kepada rakyat di peringkat Persekutuan dan juga Sabah.
Mengulas lanjut, Mohd Yadzil mengharapkan rakyat sedar hakikat sebenar mengenai Warisan yang tidak mempunyai asas perjuangan.
"Warisan adalah sebuah parti yang semakin lumpuh, tidak ada prinsip, dan dipimpin oleh mereka yang sanggup menjual parti kepada sesiapa sahaja asalkan diberi sedikit kuasa," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Saya ok, tidak mempunyai sebarang rasa kecewa'- Jalaluddin"><meta itemprop="description" content="'Saya ok, tidak mempunyai sebarang rasa kecewa'- Jalaluddin
Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias menafikan dakwaan yang beliau kecewa kerana tidak dilantik sebagai Menteri Besar, meskipun timbul dakwaan yang Negeri Sembilan bakal mendapat Menteri Besar baharu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Menurutnya, beliau memahami bahawa keputusan pelantikan Menteri Besar adalah hak prerogatif Presiden parti serta memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan. 
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/806375/berita/politik/saya-okey-tiada-sebarang-rasa-kecewa--jalaluddin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #krisisN9 #JalaluddinAlias"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-27T07:33:44.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P136S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xc0f7b2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xc0f7b2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xc0f7b2"></script>