Bale adakan rundingan bersama Cardiff

Iklan
Gareth Bale

KELAB liga kejuaraan, Cardiff City kini sedang mengadakan rundingan bersama Gareth Bale dalam misi untuk membawa pemain itu memperkuatkan kelab tersebut pada musim depan.

Perkembangan itu disahkan oleh wakil Bale yang mengakui pihaknya kini sedang berunding bersama pengerusi Cardiff, Mehmet Dalman.

Iklan
Iklan

"Benar kami sedang melakukan rundingan bersama Cardiff untuk bawa Bale bermain di sini.

"Bagaimanapun Cardiff bukan satu-satunya kelab yang kami sedang berhubung ketika ini, namun banyak pasukan lain sedang mengintai untuk mendapatkan khidmat Bale,” katanya.

Iklan

Sekiranya rundingan bersama Cardiff berjalan lancar, ia mungkin akan memberi kelebihan buat Bale untuk mempersiapkan diri ke Piala Dunia 2022.

Ia kerana, Cardiff berkongsi tempat latihan dengan Persatuan Bola Sepak Wales, yang membolehkan Bale terus bekerja rapat dengan kakitangan perubatan dan kecergasan Wales.

Iklan

Sebelum ini, pemenang lima kali Liga Juara-Juara Eropah itu telah dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan Major League Soccer di Amerika Syarikat dan Tottenham Hotspur.

Malah pasukan liga Itali, Roma kendalian Jose Mourinho difahamkan turut berminat untuk mendapat khidmat pemain berusia 32 tahun itu.