Kadar inflasi diberi perhatian dalam merangka Bajet 2023
Iklan
Mohd Shahar
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengambil perhatian serius mengenai kadar inflasi negara dan berusaha mencari penyelesaian terbaik, termasuk merangka strategi baharu menerusi Bajet 2023, kata Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Mohd Shahar Abdullah.
Beliau berkata, kadar inflasi di Malaysia tidak berada pada paras yang tinggi berbanding negara jiran dan terkawal berikutan perbelanjaan subsidi yang besar oleh kerajaan.
"Kerajaan tidak ambil itu sebagai satu keadaan yang selesa dan kita sentiasa melihat bagaimana ruang untuk kita bantu supaya ia memberi kesan kepada kesejahteraan rakyat,” katanya dalam program ‘Malaysia Petang Ini’ terbitan Bernama TV hari ini.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, intipati Bajet 2023 yang sedang dirangka akan memberi fokus kepada empat seksyen utama iaitu kesejahteraan rakyat, perniagaan, ekonomi dan kerajaan.
Mohd Shahar menegaskan bahawa kerajaan sentiasa melihat secara holistik berhubung pendekatan sedia ada dari segi pelaksanaan cukai dan dasar dalam memperkasakan Bajet 2023.
Iklan
"Melalui Bajet 2023, kita akan mengukuhkan proses pemulihan negara yang kini berada dalam fasa peralihan endemik dan memudah cara pembaharuan untuk memastikan kemampanan daya tahan ekonomi kita.
"Oleh itu, Kementerian Kewangan secara berterusan mengadakan sesi libat urus secara menyeluruh bersama rakyat untuk menerima pandangan dan maklum balas mereka dalam memastikan kepentingan rakyat diutamakan,” katanya. - Bernama
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>