KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan semoga Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang kini berada dalam keadaan gering di bahagian kaki dikurniakan kesembuhan segera.
"Didoakan jua semoga Seri Paduka Baginda Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan untuk terus menaungi Negara. Dirgahayu Tuanku," katanya dalam catatan di laman Facebook beliau pada Selasa.