Malaysia perlu diplomasi bersyarat terhadap Myanmar
Iklan
ICJ pada 19 November lalu memutuskan Myanmar melakukan genosid terhadap kaum Rohingya. Gambar kecil: Nur Ashikin (kiri) dan Mohd Yazid.
SHAH ALAM – Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang mendapati Myanmar melakukan genosid terhadap etnik Rohingya perlu menjadi pemangkin kepada penilaian semula pendekatan diplomatik Malaysia terhadap negara itu.
Penganalisis Keselamatan dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Nur Ashikin Yusof berkata, keputusan bersejarah tersebut tidak semestinya mengubah keseluruhan pendirian diplomatik Malaysia, namun menjadi asas penting untuk menilai keberkesanan pendekatan dasar luar negara selama ini.