ALOR SETAR - Satu pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Keda Sungai Tengas di Mukim Selama dalam daerah Bandar Baharu dekat Kulim bagi menempatkan 18 mangsa banjir daripada empat keluarga.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Bandar Baharu, Leftenan (PA) Abdul Rahim Khairuddin berkata, PPS itu, yang dibuka pada 8 malam, menempatkan mangsa banjir dari Mukim Selama.