Penumpang cedera bas ekspres terbalik

Iklan
Siasatan awal mendapati, bas yang dipandu oleh lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu terbalik di tepi jalan tersebut.

BACHOK - Seramai 10 penumpang bas ekspres berdepan detik cemas apabila pengangkutan awam yang mereka naiki itu terbalik di Kampung Bator, di sini pada Isnin.

Kejadian pada jam 5.30 pagi itu mengakibatkan penumpang pengangkutan tersebut mengalami kecederaan ringan.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin berkata, sebelum kejadian bas tersebut dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menghala ke Jelawat, di sini.

"Siasatan awal mendapati, bas yang dipandu oleh lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas lalu terbalik di tepi jalan tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan
Iklan

Menurutnya, usaha mengalih dan mengangkat bas telah dijalankan oleh pihak pengurusan bas tersebut pada jam 11 pagi.