IPOH - Perak mencatatkan penurunan sebanyak 23 peratus kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) pada Minggu Epidemiologi ke-23 (ME23) iaitu dari 5 hingga 11 Jun lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, sebanyak 1,711 kes dilaporkan pada ME23 berbanding 2,222 kes yang dicatatkan pada ME sebelumnya.