Anak kambing miliki telinga terpanjang

Iklan
Seekor anak kambing memiliki telinga paling panjang di Pakistan. - Foto Yousuf Khan/Anadolu Agency /Getty Images

KARACHI - Seekor anak kambing yang bernama Simba menarik perhatian di Pakistan baru-baru ini apabila mempunyai telinga yang panjang.

Panjang telinga haiwan itu ialah 46 sentimeter dan hampir menyentuh tanah ketika ia berjalan.

Iklan
Iklan

Simba yang baru berusia beberapa minggu merupakan baka Nubian yang terkenal dengan telinganya yang panjang.

Keunikan tersebut memberi kelebihan tersendiri iaitu membantu haiwan tersebut berdepan dengan cuaca panas.

Iklan
Iklan

Simba kini tinggal di Karachi, Pakistan dan pada masa ini suhu boleh mencecah sehingga 32 darjah Celsius. - Agensi