12 negeri dijangka alami ribut petir, hujan lebat

Iklan
Amaran ribut petir dan hujan lebat dijangka berlaku di 12 negeri sehingga jam 7 malam ini.

SHAH ALAM - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka berlaku di 12 negeri sehingga jam 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyatan yang dikeluarkan pada jam 3.25 petang memaklumkan, negeri-negeri tersebut adalah Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Negeri Sembilan, Melaka serta Johor.

Iklan
Iklan

Di Kedah, ia melibatkan kawasan Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu manakala di Pulau Pinang melibatkan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Di Perak melibatkan kawasan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim sementara Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai di Kelantan manakala Terengganu di Besut.

Iklan

Di Pahang pula, ia membabitkan Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala di Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Negeri Sembilan pula di Seremban, Port Dickson dan Rembau manakala di Johor hujan lebat berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian dan Johor Bahru.

Iklan

Selain itu, ia juga membabitkan kawasan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.