TMJ beri sokongan kuat di belakang tabir: FAM

Iklan
TUNKU ISMAIL

PASUKAN bola sepak negara yang layak secara merit ke Piala Asia 2023 telah mendapat sokongan padu daripada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim, kata Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin.

Hamidin berkata, Tunku Ismail yang juga pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) memberikan sokongan yang cukup kuat di belakang tabir.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, kejayaan gemilang JDT layak ke pusingan kalah mati saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) menjadi inspirasi kepada FAM untuk memastikan skuad Harimau Malaya turut meraih pencapaian bersejarah.

"Walaupun ramai peminat mereka ada persepsi lain, suka atau tidak, saya telah bercakap dengan Tunku bahawa kita (FAM) nak ikut kelab JDT yang buat pertama kalinya layak (ke ACL).

Iklan

"...dan saya tengok (ketika ini) banyak pasukan telah meningkat untuk mengikut JDT, ataupun Selangor dan Kedah, dalam melahirkan pemain berkualiti dan infrastruktur yang bagus,” katanya di sini.

Selasa lepas, Malaysia menamatkan penantian 42 tahun untuk layak secara merit ke Piala Asia selepas menduduki tempat kedua dalam Kumpulan E saingan Kelayakan Piala Asia 2023, sekali gus mara selaku antara lima naib juara terbaik dari enam kumpulan.

Pada saingan kelayakan yang berlangsung di Stadium Nasional di Bukit Jalil, skuad bimbingan Kim Pan Gon itu bermula langkah kanan apabila menewaskan Turkmenistan 3-1 sebelum tewas di tangan Bahrain 1-2 dan bangkit membelasah Bangladesh 4-1 pada aksi terakhir.

Iklan

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia adalah pada edisi 2007 ketika menjadi tuan rumah bersama, namun lebih empat dekad gagal layak secara merit sejak edisi 1980 di Kuwait. - Bernama