KUALA LUMPUR - Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) berharap kerajaan dapat mempertimbang rayuannya membabitkan moratorium Pelepasan Kos Tidak Seimbang (ICPT) bagi tempoh separuh kedua 2022 sehingga sekurang-kurangnya separuh pertama 2023 berikutan persekitaran perniagaan yang mencabar pada masa ini.
Presiden FMM Tan Sri Soh Thian Lai berkata, permintaan itu mengambil kira kelewatan enam bulan impak harga bahan api terhadap tarif elektrik, terutama arang batu dan gas asli yang tidak berkurangan ke tahap pra-Covid-19 akibat gangguan utama pasaran minyak serantau dan wilayah serta ketidaktentuan akibat perang Rusia-Ukraine.