Mohd Hasni dilantik Ketua Polis Muallim baharu

Iklan
Mior Faridalathrash (tengah) menyaksikan penyerahan dokumen serah terima tugas jawatan Ketua Polis Daerah Muallim antara Kidam (kanan) kepada Mohd Hasni (dua dari kiri) pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak Jun 2022 di IPK Perak pada Selasa.

IPOH - Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir secara rasmi menggalas tugas sebagai Ketua Polis Daerah Muallim yang baharu berkuat kuasa Selasa.

Mohd Hasni, 40, sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Turus Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Iklan
Iklan

Beliau menggantikan Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman yang bertukar ke Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman dengan menggalas tugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Perisikan/Siasatan Khas) Cawangan Perisikan dan Siasatan Khas, Pasukan Gerakan Khas.

Majlis Serah Terima Tugas disaksikan oleh Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid pada Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak Jun 2022 di IPK Perak di sini.

Iklan
Iklan

Penyerahan tugas itu dilakukan antara Mohd Hasni dengan wakil pemangku Ketua Polis Daerah Muallim, Asisten Superintendan Kidam Kumat.