Kings Fighter juara Intergroup Surfcasting Challenge 2022

Iklan
Kings Fighter dinobatkan sebagai juara kumpulan dalam pertandingan memancing Intergroup Surfcasting Challenge 2022 di Waterfront Lumut pada Ahad.

LUMUT - Kings Fighter dinobatkan sebagai juara dengan menaikkan sebanyak 111 ekor ikan dalam pertandingan memancing Intergroup Surfcasting Challenge 2022 di Waterfront Lumut pada Ahad.

Kumpulan terdiri daripada 10 pemuda yang berasal dari Klang, Selangor itu berjaya menewaskan 59 kumpulan lain dengan membawa pulang wang tunai RM15,000.

Iklan
Iklan

Naib juara menjadi milik Sahabat Pancing yang meraih RM4,000 dengan menaikkan 86 ikan manakala tempat ketiga dengan hadiah berjumlah RM2,000 dimenangi kumpulan On X On apabila memperoleh 76 ekor ikan.

Wakil Kings Fighter, Mohd Aliff Zakaria berkata, mereka berasa teruja apabila pertama kali menyertai pertandingan secara berkumpulan kali ini.

Md Zali (empat dari kiri) bersama pemenang-pemanang utama bagi kategori kumpulan dan individu pada pertandingan memancing Intergroup Surfcasting Challenge 2022 di Waterfront Lumut pada Ahad.

Iklan

"Biasanya pertandingan sebegini adalah secara individu dan apabila ada secara berkumpulan kami merancang untuk menaikkan seberapa banyak ikan yang boleh.

"Kami dibahagikan kepada dua bahagian dan lima daripada mereka ditugaskan untuk memancing ikan-ikan besar. Dalam tempoh lebih tiga jam beraksi, kami berjaya menaikkan lebih 100 ikan dan wang kemenangan ini akan dibahagikan kepada semua ahli kumpulan," katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Iklan

Pertandingan anjuran Kelab Memancing Surfcast Profesional Bersatu Malaysia (MUPSAC) itu turut mendapat sokongan Tourism Malaysia dan Wakjali Event Management merupakan acara berkonsepkan kumpulan atau kelab yang pertama kali dianjurkan di negara ini.

Bagi kategori ikan terberat individu pula, juara dimenangi oleh Muhammad Shahril Kamaru Zaman, 33, yang berjaya menjinakkan belut muara seberat 2 kilogram (kg)

Mohd Zaini Ab Rashid, 39, Kota Bharu, Kelantan pula menjadi naib juara apabila berjaya menaikkan ikan daun baru seberat 1.8kg manakala Mohd Shahril Abd Yazid, 37, di tempat ketiga setelah menjinakkan ikan sembilang seberat 1.2kg.

Masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM15,000, RM4,000 dan RM2,000

Jurucakap penganjur, Md Zali Kasran berkata, pihaknya menerima sambutan menggalakkan hingga dapat mengumpul 59 kumpulan pemancing dari seluruh Semenanjung Malaysia.

Tiga kumpulan utama menjadi juara, naib juara dan tempat ketiga dalam pertandingan memancing Intergroup Surfcasting Challenge 2022 di Waterfront Lumut pada Ahad.


"Kita sasarkan 50 kumpulan menyertai memandang terdapat acara sama di Johor dan Pahang, namun penyertaan kali ini amat menggalakkan.

"Objektif awal pertandingan tercapai apabila berjaya mengumpulkan kaki-kaki pancing dari seluruh negara selain membantu industri pelancongan terutama di kawasan Lumut ini," katanya.

Menurutnya, pertandingan seterusnya dijadualkan berlangsung di Pantai Puteri, Tanjung Kling, Melaka pada 26 Jun ini.