Putin tandatangan undang-undang tidak akan patuh keputusan ECHR

Iklan
Vladimir Putin - Foto AFP

MOSCOW - Presiden Vladimir Putin telah menandatangani rang undang-undang mengenai ketidakpatuhan Rusia terhadap keputusan Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), menurut Kremlin pada Sabtu.

Selaras dengan undang-undang baharu itu, Rusia tidak akan mematuhi ketetapan ECHR selepas 15 Mac, apabila negara itu mengumumkan keluar daripada Majlis Eropah, lapor Xinhua.

Iklan
Iklan

Sementara itu, pampasan yang dinilai ECHR akan dibayar dalam mata wang rubel dan hanya dipindahkan ke dalam akaun di bank Rusia.

Rang undang-undang itu telah diluluskan oleh Majlis Persekutuan atau dewan negara Parlimen Rusia pada Rabu. - Bernama

Iklan
Iklan