KUALA NERUS – Jenazah tiga bersaudara yang meninggal dunia kerana lemas ketika berkelah di kawasan air terjun Lata Changkah, Ulu Seladang di Setiu pada Jumaat selamat dikebumikan kira-kira jam 4.30 pagi Sabtu.
Jenazah dua beradik, Syaridatul Nurfatihah Mohd Dera, 26, Syariatul Noor Safiqa, 24, dan sepupu mereka, Siti Aishah Mazalan, 19, disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Islam Kampung Hilir Maras di sini.