Karangkraf kembali anjur Arafah #QuranHour
Iklan
Arafah #QuranHour akan diadakan pada 8 Julai depan bersamaan 9 Zulhijjah.
SHAH ALAM - Kumpulan Karangkraf tahun ini kembali menganjurkan Arafah #QuranHour pada 8 Julai depan bersamaan 9 Zulhijjah setelah tidak dapat melakukannya akibat daripada pandemik Covid-19.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Marhaini Yusoff berkata, acara tersebut akan memfokuskan kepada empat kumpulan iaitu jemaah haji di Tanah Suci, syarikat pengendali, alumni dan bakal haji.
Iklan
Iklan
Menurutnya, Arafah #QuranHour itu akan dilakukan pada jam 10 pagi melalui platform Sinar Harian dengan memfokuskan kepada tiga ayat dari Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj.
"Fokus kita pada kali ini ada dua surah yang melibatkan tiga ayat yang fokus kepada sujud seorang hamba, memecah ego dan kesombongan yang ada.
Arafah #QuranHour tahun ini menfokuskan kepada tiga ayat dari Surah Al-Sajdah dan Surah Al-Hajj.
Iklan
"Kita harap, tahun ini dapat dibuat dengan lebih meluas dengan penyertaan lebih banyak agensi dan juga Tabung Haji itu sendiri.
"Ia akan bermula pada jam 10 pagi pada 8 Julai bersamaan 9 Zulhijjah. Ia akan berlangsung selama 1 jam," kata kepada Sinar Harian pada Khamis.
Iklan
Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai dapat menyertai program itu nanti.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Malaysia #QuranHour Pulau Pinang tekan pemahaman kepada masyarakat"><meta itemprop="description" content="Malaysia #QuranHour Pulau Pinang tekan pemahaman kepada masyarakat
Penganjuran Malaysia #QuranHour 2026 peringkat Negeri Pulau Pinang tahun ini menekankan bahawa al-Quran bukan sekadar kitab yang perlu dibaca semata-mata, sebaliknya difahami dan dihayati sekali gus panduan hidup sepanjang hayat.
Presiden Mimbar Permuafakatan Ibu Bapa Malaysia, Datuk Ahmad Darus berkata, insan yang menjadikan kitab suci itu sebagai panduan dan teman hidup diyakini akan dibuka jalan menuju kehidupan yang diredai ALLAH SWT.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/794030/khas/quranhour/malaysia-quranhour-pulau-pinang-tekan-pemahaman-kepada-masyarakat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #QuranHour"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-08-29T08:13:18.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P116S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xb1zqli"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xb1zqli"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xb1zqli"></script>