OKU maut, motosikal rempuh MPV rosak di lorong kecemasan
Iklan
SUNGAI PETANI - Seorang lelaki kurang upaya maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berhenti di lorong kecemasan di Kilometer 85.1 Lebuhraya Utara Selatan arah utara di sini pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, dalam nahas jam 11 pagi tadi, mangsa, Muhammad Faizol Azahar, 23, merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan penglihatan iaitu hanya dapat melihat menggunakan mata sebelah kiri, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.