PRU15: PM tidak buat keputusan sendirian

Iklan
Ismail Sabri - Foto Bernama

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membuat keputusan secara bersendirian untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Dr Kamarul Zaman Yusoff berkata, sebaliknya, Ismail Sabri akan berbincang berkenaan perkara tersebut bersama parti dan ahli kabinetnya.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, dari sudut strategi, adalah lumrah untuk mana-mana Perdana Menteri membiarkan semua pihak berteka-teki mengenai bila mereka akan memanggil pilihan raya.

"Dari sudut Perlembagaan, Perdana Menteri akan akur kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tidak akan mendahului Baginda dalam soal pembubaran Parlimen,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Iklan

Pada 2 Jun, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyelar Perdana Menteri kerana kononnya bersikap ‘flip-flop’ dalam soal bila beliau akan memanggil pilihan raya.

Kamarul Zaman

Anthony turut menyatakan bahawa Ismail Sabri perlu lebih tegas dan konsisten dalam pendiriannya berkaitan tarikh PRU15.

Iklan

Jelas Anthony, Ismail Sabri tidak seharusnya menyampaikan mesej tidak jelas yang hanya akan membawa kepada ketidakstabilan politik berterusan dan menjejaskan keadaan ekonomi negara.

Oleh itu, Ismail Sabri membidas dengan menyatakan bahawa beliau tidak mempunyai kuasa menetapkan tarikh PRU15 kerana semuanya terletak kepada keputusan Yang di-Pertuan Agong.

Jelas Ismail Sabri, ia merupakan satu kesalahan dari segi perlembagaan sekiranya beliau menetapkan tarikh PRU kerana kuasa penentu adalah daripada Yang di-Pertuan Agong.

Kamarul berkata, bidasan Perdana Menteri itu adalah bukti jelas walaupun kerajaan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dengan DAP namun Ismail Sabri adalah pemimpin yang mempunyai jati diri dan tegas apabila berhadapan dengan pemimpin DAP.