Polis bimbang trend jenayah seksual di Kelantan meningkat

Iklan
Gambar hiasan

KOTA BHARU - Polis Kelantan melahirkan kebimbangan dengan tren peningkatan jenayah seksual di negeri ini selepas pihaknya banyak menerima laporan berkait kes berkenaan.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, perlakukan jenayah itu melibatkan gangguan seksual, rogol, cabul dan sumbang mahram.

Iklan
Iklan

"Sepanjang tahun 2021 sebanyak 228 kes membabitkan jenayah seksual termasuklah seks luar tabii telah dilaporkan.

"Bagaimanapun sejak Januari hingga Mei tahun ini sebanyak 76 kes jenayah seksual telah dilaporkan berbanding 84 kes untuk tempoh yang sama tahun lalu," katanya pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Machang yang baharu antara Deputi Superintendan Mohd Zahir Abdullah dan Superintendan Mohd Rosli Mat.

Iklan

Menurutnya, polis akan terus berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat berkait dengan jenayah seksual khususnya dalam kalangan pelajar sekolah dan institut pengajian tinggi (IPT).

Beliau berkata, golongan ibu bapa juga disaran memainkan peranan dalam mengelakkan jenayah ini berlaku kepada anak-anak mereka.

Iklan

Muhamad Zaki berkata, pada masa sama individu yang menjadi mangsa kepada jenayah ini perlu terus diberikan bimbingan untuk mereka kembali bangkit daripada kejadian itu.

"Pendedahan yang dibuat ini bertujuan untuk mendidik supaya masyarakat faham betapa bahaya kesan jenayah ini kepada anak-anak.

"Kita harap ibu bapa dapat mengambil iktibar dalam usaha mencegah perkara ini daripada terus berlaku," katanya.