Kontena sisa plastik tercemar diarah pulang semula ke negara asal

Iklan
Antara kontena yang mengandungi sisa buangan plastik yang telah diperiksa oleh JAS Pulau Pinang di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT). - Foto Facebook Dato' Sri Tuan Ibrahim bin Tuan Man

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang berjaya mengesan sebuah kontena yang mengandungi sisa buangan plastik tercemar melalui hasil pemeriksaan di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT).

Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pemeriksaan tersebut melibatkan 14 buah kontena dengan sebuah daripanya disyaki membawa buangan SW 422 (campuran buangan terjadual dengan buangan bukan terjadual).

Iklan
Iklan

Menurutnya, ia tertakluk di bawah Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005.

"Notis pemulangan kontena telah dikeluarkan kepada ejen untuk tindakan menghantar semula kontena ke negara asal," katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada Jumaat.

Iklan

Menurutnya, kesemua kontena itu merupakan sisa plastik yang dibawa masuk dari Amerika, New Zealand, Great Britain dan Belgium.

Dalam masa sama, beliau turut memuji kecekapan pihak terlibat dalam menangani kemasukan kontena mengandungi sisa buangan plastik itu.

Iklan

"Terima kasih JAS Pulau Pinang, cekap bertindak dan pantas menjalankan pemeriksaan," katanya.