Video individu diseksa renjatan elektrik berlaku di luar negara
Iklan
KUALA LUMPUR - Video tular yang memaparkan dua mangsa diseksa dengan alat renjatan elektrik dipercayai bukan warga Malaysia dan insiden tersebut berlaku di luar negara.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya telah menerima maklumat berkenaan penularan dua video berdurasi 54 saat dan satu minit 47 saat yang memaparkan dua individu itu diseksa dengan alat renjatan elektrik.