[VIDEO] Penentuan tarikh PRU15, PM diminta lebih konsisten
Iklan
Anthony Loke (kiri) dan Ismail Sabri.
SHAH ALAM - Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob supaya perlu lebih tegas dan konsisten dalam pendiriannya berhubung penetapan waktu untuk mengadakan pilihan raya umum (PRU).
Menerusi hantaran di Facebooknya, Ahli Parlimen Seremban itu berkata, Ismail Sabri seharusnya lebih bertanggungjawab berhubung perkara penting tersebut dan tidak membuat kenyataaan yang bercanggah hanya disebabkan kepentingan politik pihak tidak berkaitan.
Iklan
Iklan
Katanya, ini kerana kenyataan dan mesej yang ‘flip flop’ itu dilihat hanya akan menimbulkan ketidakstabilan politik yang berterusan dan bakal memburukkan lagi keadaan semasa ekonomi negara.
"Dalam satu wawancara dengan media Jepun, Nikkei yang disiarkan hari Isnin lalu, beliau dengan jelas menyatakan pilihan raya tidak akan diadakan dalam masa terdekat kerana masalah inflasi sedang melanda dan isu kos sara hidup rakyat perlu ditangani.
Iklan
"Namun, dalam masa 48 jam sahaja, beliau telah menukar nada semasa berucap di Konvensyen Barisan Nasional (BN) semalam (Rabu) mengatakan beliau tidak akan menunggu satu saat lebih untuk membubarkan Parlimen sekiranya BN sudah bersedia selepas diasak dan ditekan oleh kluster kleptokrat untuk membubarkan Parlimen.
"Keputusan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen adalah budi bicara Perdana Menteri. Keputusan yang begitu penting ini tidak seharusnya dipengaruhi oleh pihak tidak berkaitan yang hanya mementingkan survival politik mereka,” katanya pada Khamis.
Iklan
Mengulas lanjut, Anthony Loke berkata, mesej politik yang jelas itu bukan hanya penting buat rakyat tetapi juga kepada dunia luar.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>