Lima pemimpin tertinggi, perlu bantu Ismail Sabri buat pilihan: Najib
Iklan
Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap di Majlis Konvensyen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Rabu. - Foto ROSLI TALIB
KUALA LUMPUR - Lima pemimpin tertinggi Barisan Nasional (BN) iaitu presiden, timbalan dan naib seharusnya membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat pilihan yang betul mengenai tarikh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya melihat PRU15 berisiko atau berkepentingan tinggi.
Iklan
Iklan
"Ini bukan soal Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, soal Najib atau Ismail Sabri. Ini soal masa depan BN dan negara kita.
"Kalau kita ada amanah, diberi kuasa buatlah keputusan dengan tepat dan bijaksana.
Iklan
"Jangan fikir hal-hal diri tapi fikirlah masa depan parti dan masa depan negara kita. Kalau inilah dalam hati kita, insya-ALLAH BN akan kembali berkuasa di tanah air kita,” katanya ketika berucap di Majlis Konvensyen BN di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), pada Rabu.
Ismail Sabri sebelum ini dilapor menyatakan bahawa sekarang bukan masa sesuai untuk mengadakan PRU15 ketika negara berdepan pelbagai isu seperti kenaikan kos sara hidup dan kadar inflasi yang tinggi.
Iklan
Dalam temubual eksklusif bersama akhbar Nikkei berpangkalan di Jepun, iaitu akhbar kewangan terbesar dunia dengan pengedaran melebihi tiga juta sehari, Ismail Sabri berkata, kenaikan harga makanan dan kos sara hidup antara sebab beliau memerlukan masa di sebalik spekulasi kuat PRU15 dijangka diadakan sebelum akhir tahun ini.
Menurut Najib lagi, pihaknya melihat pembangkang kini dalam keadaan cacamerba.
"PKR 12 peratus sahaja mengundi, Pejuang sudah ditolak, Bersatu tinggal dua kerusi sahaja di Johor. Pas sudah menurun, DAP pun ditolak maknanya pembangkang kini kucar-kacir,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam tempoh dua minggu bagi menjawab notis tunjuk sebab yang diterima gabungan itu pada 22 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini sedang berbincang bagi menyediakan jawapan dan penjelasan kepada RoS dalam tempoh ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797924/berita/politik/pn-beri-penjelasan-kepada-ros-dalam-tempoh-dua-minggu---takiyuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.