KPM bakal senaraihitam kontraktor aniaya pekerja: Maszlee

Iklan
Dr Maszlee Malik - Foto Bernama

PUTRAJAYA -- Kementerian Pendidikan mempertimbangkan untuk menyenaraihitam kontraktor yang berlaku tidak adil dan menganiaya golongan pekerja daripada mendapat kontrak berkaitan di bawah kementerian itu, kata Menterinya Dr Maszlee Malik.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan akan meneliti semula dasar, prosedur dan tatacara kontrak bagi memastikan kontraktor sedemikian dikenakan tindakan tegas termasuk disenaraihitamkan daripada sebarang kontrak kementerian.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan selepas mengadakan pertemuan dengan Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan (JPKK) hari ini bagi membincangkan isu kontrak pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan sekolah.

Dalam pertemuan berkenaan, beliau memberi jaminan akan membawa isu tersebut untuk perhatian pihak Kementerian Kewangan bagi mendapatkan peruntukan tambahan.

Iklan
Iklan

Beliau berkata kementerian juga akan membawa cadangan yang dikemukakan JPKK untuk perhatian Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). -Bernama