KKM buat persiapan vaksinasi kontak rapat cacar monyet
Iklan
Khairy pada sidang media melalui aplikasi Zoom pada Khamis.
SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuat persiapan untuk melakukan vaksinasi bagi kontak rapat kepada penyakit cacar monyet.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, langkah tersebut merupakan antara strategi dalam pengurusan kawalan kes bagi penyakit tersebut.
Iklan
Iklan
"Kita sedang menyediakan strategi untuk vaksin kepada kontak rapat dan juga pekerja kesihatan sekiranya berlaku wabak cacar monyet di Malaysia,” katanya dalam sidang media pada Khamis.
Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin yang juga Naib Presiden Perhimpunan Kesihatan Dunia ke-75 itu berkata, sebagai langkah pengesanan awal kes cacar monyet di negara ini, aplikasi MySejahtera turut akan dilengkapi dengan ciri khas iaitu ‘Monkeypox Alert’.
Iklan
Menurutnya, ciri khas yang bakal diaktifkan pada esok itu berfungsi dalam memberi peringatan kepada pengembara dari luar negara bahawa mereka berada di negara yang mempunyai kes cacar monyet dan disarankan untuk melakukan pemantauan pengasingan kendiri selama 21 hari.
"Jadi pengembara dari negara (endemik) cacar monyet seperti Cameroon, Central African Republic, Nigeria dan juga negara-negara bukan endemik di mana kes cacar monyet telah pun dikesan seperti Belgium, Australia dan lain-lain.
Iklan
"Mereka tidak akan menerima Perintah Pengawasan dan Pemerhatian di Rumah (HSO) tetapi mereka akan dapat ‘pop-up alert’ (mesej peringatan),” ujarnya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>