Indeks pelopor ekonomi Malaysia semakin positif
Iklan
Perspektif hala tuju ekonomi jangka pendek dijangka kekal di landasan pemulihan meskipun berdepan konflik global. - Foto 123RF
PEMULIHAN ekonomi Malaysia akan terus berdaya tahan dengan paras Indeks Pelopor (IP) menunjukkan arah aliran menaik, mencapai 111.3 mata pada bulan Mac 2022 berbanding 110.9 mata pada Februari 2022, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
Indeks Pelopor merupakan alat yang digunakan untuk menjangkakan kenaikan dan penurunan ekonomi dalam purata empat hingga enam bulan ke hadapan.
Iklan
Iklan
Dalam satu kenyataan mengenai Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak dan Susulan bagi Mac 2022 di sini, DOSM berkata, peningkatan dalam Indeks Pelopor disokong terutamanya oleh bilangan unit kediaman yang diluluskan pembinaan (0.3 peratus) dan bilangan syarikat baru didaftar (0.3 peratus).
Namun begitu, IP tahun ke tahun menurun kepada negatif 1.5 peratus pada Mac 2022 terutamanya disebabkan oleh kejatuhan dalam import benar logam asas berharga dan logam bukan ferus lain,” kata Ketua Perangkawan Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin.
Iklan
Beliau menambah analisis lanjut daripada perspektif hala tuju menunjukkan bahawa ekonomi jangka pendek dijangka kekal berada di landasan pemulihan meskipun, kenaikan harga komoditi berikutan konflik global yang berlarutan menyebabkan kemerosotan lanjut dalam kuasa beli untuk mencapai pemulihan yang lancar dan mampan.
DOSM turut menyatakan prestasi Indeks Serentak (IS) meningkat sebanyak 3.1 peratus kepada 117.9 mata pada Mac 2022 berbanding 114.3 mata pada Mac 2021.
Iklan
Pertumbuhan ini didorong oleh peningkatan signifikan dalam kapasiti penggunaan di sektor pembuatan (0.7 peratus) dan jumlah guna tenaga di sektor pembuatan (0.4 peratus). - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>