BNM lancar duit syiling peringatan sempena ulang tahun LKIM ke-50
Iklan
Syiling peringatan sempena Sambutan Ulang Tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ke-50. Foto: Facebook LKIM
KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) pada Isnin mengumumkan pengeluaran duit syiling peringatan bersempena sambutan ulang tahun Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) ke-50.
Dalam satu kenyataan bank pusat itu berkata, duit syiling itu dilancarkan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam satu majlis di Wisma LKIM pada 14 April lepas.
Iklan
Iklan
Duit syiling peringatan itu dikeluarkan dalam dua denominasi iaitu duit syiling peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) dengan nilai muka RM10 dan duit syiling peringatan emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.) dengan nilai muka RM1.
Menurut BNM, syiling pertama diperbuat daripada perak sterling dengan ketulenan 92.5 dan seberat 31 gram akan dijual dengan harga RM253 sekeping. Sejumlah 1,000 keping telah ditempa.
Iklan
Sementara itu, syiling Emas Nordic mempunyai berat 8.5 gram dan diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain. Dengan kuantiti 10,000 keping telah ditempa, ia akan dijual pada harga RM13.20 sekeping.
BNM berkata, duit syiling peringatan itu juga tersedia dalam bentuk set dua dalam satu untuk jualan dan setiap set mengandungi sekeping duit syiling pruf perak sterling berwarna dan sekeping duit syiling pruf emas Nordic. Setiap set berharga RM308.
Iklan
"Sejumlah 1,000 set tersedia untuk pembelian,” kata bank pusat itu.
Bagi memberikan peluang yang saksama kepada orang ramai untuk membeli duit syiling edisi terhad itu, setiap individu hanya boleh membeli satu set dua dalam satu, satu keping duit syiling perak sterling berwarna (pruf) dan maksimum hingga lima keping duit syiling emas Nordic (B.U.).
"Orang ramai dinasihatkan supaya membuat tempahan menerusi sistem dalam talian BNM sahaja dan bukannya melalui mana-mana pihak atau kemudahan tempahan lain yang tidak sah.
Semua tempahan akan dipertimbangkan dengan sewajarnya dan tiada keutamaan akan diberikan kepada tempahan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Sekiranya berlaku tempahan yang berlebihan, pengundian akan dilakukan,” katanya. - Bernama
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Laporan siasatan pemilikan saham Azam diserahkan minggu depan"><meta itemprop="description" content="Jawatankuasa khas yang ditubuhkan bagi menyiasat isu pemilikan saham oleh Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki dijangka menyerahkan laporan siasatan kepada kerajaan pada minggu depan.
Jurucakap Kerajaan Madani, Datuk Fahmi Fadzil berkata, jawatankuasa khas itu yang dipengerusikan Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar kini hampir selesai proses siasatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/769691/berita/nasional/laporan-siasatan-pemilikan-saham-azam-diserahkan-minggu-depan
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
Jom sertai World #QuranHour 2026 bertemakan Membentuk Manusia Sebelum Membina Dunia.
Daftar di sini untuk pendaftaran fizikal ke Lokasi Perdana:
https://ezy.la/WQH2026
atau daftar di sini untuk Lokasi Hotspot:
https://ezy.la/HOTSPOT
World #QuranHour #SurahAlMuzzammil #QumiLayl #BangkitMalam #Beritasemasa #isupemilikansahamazambaki #SPRM #FahmiFadzil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-02-27T08:43:48.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/a7xvC1feLb58B93sa/x120"><meta itemprop="duration" content="P99S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=xa0tyz0"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="xa0tyz0"></script>