Didakwa edar dadah, mekanik berdepan hukuman gantung

Iklan
Gambar hiasan

TAMPIN - Seorang mekanik berdepan hukuman gantung sampai mati selepas didakwa di Mahkamah Majistret Tampin, di sini pada Isnin atas tuduhan mengedar dadah jenis heroin dan syabu pada 17 Mei lepas.

Tertuduh, Mohamad Saiful Mahat, 41, hanya mengangguk faham selepas dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Kartini Kasran.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis heroin dengan anggaran berat 1,005 gram, manakala bagi pertuduhan kedua tertuduh didakwa mengedar dadah berbahaya jenis syabu dengan anggaran berat 150 gram.

Iklan

Perbuatan berkenaan didakwa dilakukan di sebuah bilik hotel di Tampin pada 17 Mei lepas lebih kurang jam 6 petang.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Iklan

Mahkamah menetapkan 23 Jun ini untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Yap Tsu Sheng manakala tertuduh tidak diwakili peguam.