Warga emas maut rempuh tol
Iklan
RAWANG - Seorang warga emas maut selepas kenderaan dipandunya merempuh Plaza Tol Taman Rimba Templer, di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR) di sini pada Khamis.
Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan anggota dan pegawai tiba di lokasi kejadian pada jam 12.22 tengah hari sejurus menerima panggilan kecemasan.