Semak senarai hitam pedofilia melalui eDKK

Iklan
Wan Azizah (tiga, kiri) bersama Hannah (dua, kiri) pada Majlis Perasmian Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak di Putrajaya, hari ini.

PUTRAJAYA - Pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak kini tidak lagi boleh menyembunyikan kesalahan lampau apabila ia boleh dikesan melalui Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK).

Timbalan Menteri Pembangunan Keluarga, Wanita dan Masyarakat, Hannah Yeoh berkata, sistem tersebut bagi membolehkan individu dan organisasi yang menguruskan sekolah, taska dan pusat jagaan kanak-kanak membuat semakan bagi mengenal pasti pekerja atau bakal pekerja mempunyai rekod jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Iklan
Iklan

"Menerusi sistem eDKK ini, kita dapat membantu pihak sekolah atau ibu bapa mengupah tenaga pengajar dan pengasuh yang bebas rekod jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

"Secara tidak langsung, dapat menangani pelaku daripada melakukan jenayah yang sama sekali gus, membanteras isu penganiayaan kanak-kanak," katanya pada sidang media selepas majlis perasmian sistem berkenaan di sini, hari ini.

Iklan

Turut hadir, Timbalan Perdana Menteri merangkap menteri kementerian berkenaan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Menurutnya, sistem eDKK yang diaktifkan 1 April ini mengandungi lebih 3,000 nama pesalah yang pernah disabitkan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Iklan

"Bagi tahun 2017 terdapat seramai 314 individu termasuk 300 pesalah kali pertama manakala baki didapati mengulangi kesalahan sama.

"Bagi tahun lalu pula, jumlahnya meningkat kepada 639 pesalah (605 kali pertama), manakala 34 lagi yang mengulangi kesalahan sama," katanya.

Hannah berkata, pihak kementerian akan mengemaskini senarai nama pesalah jenayah seksual kanak-kanak dalam sistem dari semasa ke semasa.

"Bagi memeriksa rekod kesalahan pekerja, ibu bapa atau pihak sekolah hanya perlu mengunjungi kaunter Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) peringkat negeri atau daerah dengan membawa nombor Mykad (kad pengenalan) individu berkenaan.

"Pekerja akan didapati bebas rekod jenayah sekiranya hasil semakan tertera 'tiada rekod' namun, jika 'ada rekod' pihak JKM akan melakukan tindakan susulan sama ada individu terbabit masih mempunyai kes rayuan di mahkamah ataupun tidak," katanya.