Pemilihan PKR: JPP terima 200 aduan didakwa langgar peraturan

Iklan
Dr Zaliha Mustafa. - Foto Suara Keadilan

SHAH ALAM - Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerima lebih 200 aduan yang didakwa melanggar peraturan ditetapkan dalam Pemilihan PKR 2022.

Pengerusi JPP PKR, Dr Zaliha Mustafa bagaimanapun berkata, ada aduan diterima didapati tiada merit dan memerlukan penjelasan lanjut daripada pengadu untuk tindakan susulan.

Iklan
Iklan

"Sekiranya aduan itu memerlukan penjelasan lanjut, pengadu akan dipanggil dan sebenarnya, kita sudah meletakkan semua perkara berkaitan pemilihan dalam dokumen peraturan, tatacara dan etika pemilihan 2022.

"Apa sahaja aduan termasuk salah laku, politik wang dan sebagainya kita akan buat secara terperinci walaupun mungkin ada pihak yang mengambil pendekatan untuk mendiamkan diri," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Iklan

Ketika ditanya mengenai dakwaan 'sogokan wang' bagi membeli undi berlaku di Selangor, Dr Zaliha berkata, aduan menerusi saluran rasmi mengenai perkara itu masih belum diterima setakat ini.

Untuk rekod, bagi pemilihan di Selangor, negeri yang dicatatkan paling ramai ahli PKR ditetapkan pengundiannya pada 21 Mei manakala Perak, Sabah dan Sarawak pula pada 22 Mei.

Iklan

Selain pengundian secara fizikal, turut diadakan pengundian dalam talian melalui aplikasi ADIL yang akan mula dilaksanakan bermula Rabu hingga 20 Mei.

Bagi pengundian secara dalam talian untuk anggota parti luar negara, aplikasi pengundian juga di buka pada Rabu iaitu 17 Mei.