Tun M banyak rancangan bantu orang Melayu tapi tak sempat laksana
Iklan
Pelancong asing tidak melepaskan peluang bertemu dan mengucapkan hari raya kepada Dr Mahathir pada Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk dekat Pantai Chenang pada Isnin. - Foto Bernama
ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendedahkan beliau memiliki banyak pelan untuk membantu orang Melayu ketika menjawat jawatan itu kali kedua.
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, kemiskinan merupakan antara masalah dilalui orang Melayu dan dia mengetahui cara untuk mengatasi masalah itu.
Iklan
Iklan
Tambah beliau, rancangan juga telah diatur untuk mengatasi masalah kemiskinan kampung-kampung seumpamanya.
"Bagaimanapun, belum sempat kita dapat lancar perancangan berkenaan, saya telah dibuang dan ditolak jatuh dari jawatan.
Iklan
"Mereka lebih utamakan nak jadi Perdana Menteri daripada selesaikan masalah orang Melayu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jamuan Hari Raya Parlimen Langkawi di Dataran Telaga Walk, Pantai Chenang di sini, pada Isnin.
Tambah Dr Mahathir, beliau sentiasa mencari jalan untuk mengurangkan kemiskinan dalam kalangan orang Melayu.
Iklan
"Ini kerana selagi mereka miskin, mereka akan hadapi masalah, dan ia akan menyebabkan keadaan menjadi tidak stabil,” katanya.
Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Ketua Penerangan UMNO Selangor, Isham Jalil untuk mengadakan sesi wacana bersama dirinya.
Mengenai pelawaan Isham itu, Dr Mahathir memaklumkan, ada acara lain untuk membangkitkan isu-isu lain dalam negara.
"Tak semestinya dengan ada wacana seperti ini dan ada tujuan tertentu untuk ada perjumpaan yang macam itu,” katanya.
Dalam pada itu, Dr Mahathir membidas kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ‘cash is king’, 'king' itu adalah rakyat.
Menurutnya, kenyataan dikeluarkan Najib merupakan satu pembohongan kerana dakwanya Ahli Parlimen Pekan itu kerap berbohong termasuklah dalam Parlimen.
"Saya hairan kenapa Najib diberi tempat untuk bercakap bohong. Macam tidak siuman (cara cakap). Kononnya cash is king, king itu rakyat. Jadi, bila kita jumpa rakyat, kita (kena panggil) Duli Yang Maha Mulia Rakyat. Tak kan macam itu. Itu cakap bohong,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Wan Ahmad Fayhsal cadang Shuhaily dilantik dalam pasukan siasat mafia korporat"><meta itemprop="description" content="Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal mencadangkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilantik menganggotai pasukan petugas khas antara agensi bagi menyiasat jenayah kewangan, khususnya kegiatan mafia korporat.
Wan Ahmad Fayhsal (PN-Machang) berkata, cadangan itu mengambil kira pengalaman luas Mohd Shuhaily dalam bidang penguatkuasaan, termasuk ketika berkhidmat di AKPS dan sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802998/berita/nasional/wan-ahmad-fayhsal-cadang-shuhaily-dilantik-dalam-pasukan-siasat-mafia-korporat
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #Shuhaily"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T12:18:29.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYOSQ1gw7-ZolpfWB/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsw4ka"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsw4ka"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsw4ka"></script>