27 maut, ramai cedera kebakaran di New Delhi

Iklan
Sekurang-kurangnya 27 maut dalam satu kebakaran di sebuah bangunan empat tingkat di kawasan Mundka, barat New Delhi pada Jumaat. - Foto AFP

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 27 orang maut dan ramai lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah bangunan empat tingkat di kawasan Mundka, barat New Delhi pada Jumaat.

Sementara itu, menurut polis New Delhi, 50 orang diselamatkan dan lebih 30 anggota bomba dikerahkan untuk mengawal kebakaran.

Iklan
Iklan

Punca kebakaran yang bermula di aras satu itu masih belum dapat dipastikan, namun seorang pegawai perbandaran mengesyaki ia berpunca akibat litar pintas.

Insiden itu dilaporkan kira-kira jam 4.40 petang dan pasukan penyelamat operasi mencari dan menyelamat diteruskan sehingga malam.

Iklan
Iklan

Puluhan mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital. - Bernama