Anwar beri peluang kemuka soalan kepada Najib

Iklan
Tangkap layar Anwar dalam video siaran di akaun Twitternya pada Rabu

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengemukakan soalan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sempena anjuran program Debat Perdana antara kedua-dua tokoh politik tersebut pada Khamis.

Ujar beliau, orang ramai boleh mengajukan soalan menerusi ruangan komen di akaun Twitter rasminya pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Esok ada debat dengan Datuk Seri Najib.

Jadi kalau saudara berada di kedudukan seperti saya, yang diminta untuk menanyakan satu soalan kepada Datuk Seri Najib.

Iklan

"Apakah soalan yang saudara hendak kemukakan? Tolong nasihat saya.

"Saya ingin membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengemukakan soalan kepada Najib.

Iklan

Balas ciapan ini dengan cadangan soalan anda,” katanya menerusi kenyataan dimuat naik di akaun Twitter rasminya pada Rabu.

Kemuncak program debat pada minggu ini yang membabitkan Anwar dan Najib akan berlangsung di Auditorium MATIC pada jam 9 malam Khamis.

Semua persoalan akan menjurus kepada Sapura Energy Bhd dan berkemungkinan tentang masa depan Malaysia.

Orang ramai boleh menyaksikan debat tersebut di saluran Astro Awani, Facebook Sinar Harian, Malaysia Gazette dan Sin Chew Daily.