Rumah rosak, pokok tumbang dipukul ribut di Gemencheh

Iklan
Antara rumah penduduk di Kampung Gedok, Gemencheh, dekat sini mengalami kerosakan akibat dipukul ribut dalam kejadian petang Isnin. - Foto Facebook Penyelaras DUN Gemencheh

SEREMBAN - Hujan lebat berserta ribut menyebabkan tiga rumah penduduk di Kampung Gedok, Gemencheh, dekat sini mengalami kerosakan petang Isnin.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gemencheh, Norfaizal Ahmad berkata ,kejadian pada jam 4.50 petang itu, mengakibatkan sebahagian bumbung rumah penduduk tercabut diterbangkan angin kuat selain ada rumah yang ditimpa pokok tumbang.

Iklan
Iklan

"Ribut turut menyebabkan 10 pokok tumbang di jalan utama Gemencheh-Gemas dan jalan Kampung Gedok membuatkan kawasan itu ditutup sementara. Namun, kerja-kerja pengalihan pokok telah dijalankan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Bagaimanapun, beliau berkata, tiada mangsa dilaporkan cedera setakat ini.

Iklan
Iklan

Norfaizal berkata, butiran keadaan rumah yang terjejas telah diserahkan kepada pihak berkuasa tempatan untuk tindakan selanjutnya dan menasihatkan penduduk supaya sentiasa berjaga-jaga dengan bahaya elektrik serta runtuhan. - Bernama