75,000 akaun pengguna SADA di Pokok Sena, Kota Setar terjejas

Iklan
Paras Sungai Santap, Pokok Sena turun susulan ban Mada dan terusan tengah pecah pada Isnin. - Foto tular

ALOR SETAR - Sebanyak 75,000 akaun pengguna Syarikat Air Darul Aman (SADA) di daerah Kota Setar dan Pokok Sena dijangka terjejas akibat ban Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dan terusan tengah di Sungai Santap, Pokok Sena dekat sini, pecah.

Bahagian Perhubungan Awam Komunikasi Korporat SADA dalam satu kenyataan berkata, tugas Loji Rawatan Air Bukit Pinang terpaksa dihentikan susulan kerja-kerja kecemasan akibat kejadian tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, 60,000 akaun tersebut membabitkan pengguna di kawasan Kota Setar dan 15,000 akaun lagi di kawasan Pokok Sena.

"Gangguan air bermula jam 4.15 petang pada Isnin di daerah Kota Setar dan daerah Pokok Sena.

Iklan

"Tempoh gangguan air ini akan selesai sehingga kadar aliran sungai dan paras sungai kembali normal," katanya pada Isnin.

Tambah kenyataan itu, seluruh daerah Pokok Sena mengalami gangguan manakala lebih 70 kawasan terjejas di daerah Kota Setar.

Iklan

Antara kawasan di Kota Setar yang terjejas adalah seluruh pekan Langgar, Kampung Besar, Kubang Teduh, Permatang Kong, Kampung Telok Jawa, Kampung Huma, Penjara Alor Setar dan Taman Nuri.