Tze Liang sumbang pingat emas ketiga negara
Iklan
[DIKEMASKINI] PENERJUN lelaki negara, Ooi Tze Liang menyumbang pingat emas ketiga buat kontinjen Malaysia di Sukan SEA Hanoi selepas menamatkan saingan acara 1 meter papan anjal individu di kedudukan pertama sebentar tadi.
Tze Liang yang sebelum ini menyumbang emas kedua Malaysia melalui acara 3m papan anjal seirama bersama gandingannya Chew Yi Wei, semalam berjaya memungut 377.70 mata untuk memungut emas kedua peribadinya pada temasya kali ini.