SKUAD lelaki negara memulakan kempen Piala Thomas 2022 dengan langkah kanan apabila mudah membenam cabaran England menerusi kemenangan 5-0 dalam aksi pertama Kumpulan D, pada Isnin.
Pada aksi yang berlangsung di Impact Arena, Bangkok, Thailand, jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia yang kini bergerak secara profesional memberikan aura positif apabila menumbangkan Toby Penty dengan kemenangan straight set 21-10 dan 21-15 dalam tempoh 36 minit.